Dari: Hassan Mamat

Saya Hassan Mamat, seorang badut profesional sepenuh masa. Dengan pengalaman menjadi badut serta silap mata melebihi 10 tahun menjadikan saya seorang Pakar Badut. HassanClownTrainer.com adalah salah satu aktiviti-aktiviti yang saya jalankan dibawah Bubuclown Entertainment. Disini saya ingin berkongsi pengalaman dan ingin memberi peluang kepada sesiapa sahaja diluar sana yang masih terkapai-kapai mencari peluang pekerjaan atau pendapatan sambilan secara sepenuh masa maupun secara sambilan bagi meningkatkan taraf ekonomi.

HassanClownTrainer.com akan mengadakan "Kursus Badut Pro" untuk mereka-mereka yang betul-betul berani dan ingin menjana pendapatan melalui perkhidmatan badut. Tahukah anda permintaan dalam perkhidmatan hiburan badut sangat tinggi. Permintaan semenjak tahun 2005 sehingga sekarang sangat tinggi dan semakin meninggkat. Lagipun persaingan terlalu amat rendah bahkan seakan-akan tiada langsung. Inilah yang menyebabkan peluang untuk mencari rezeki didalam perkhidmatan hiburan badut ini amat baik sekali.

Didalam "Kursus Badut Pro" anjuran hassanclowntrainer.com ini anda akan diajar pelbagai cara dan teknik, cara-cara makeup badut, cara berpakaian, belon seculpture, keperluan badut dan lain-lain lagi. Dalam arti kata lain saya akan memberi tunjuk ajar anda agar menjadi seorang badut yang berkaliber dan berpotensi untuk menjana pendapatan yang lumayan.

Untuk menjadi seorang Badut yang berpotensi menjana Pendapatan yang Lumayan adalah Mudah.  Saya akan tunjukkan rahsianya .

Keberanian dan percaya pada diri sendiri adalah asas untuk menjadi seorang badut. Kemahiran dan teknik-teknik untuk menjadi badut yang berkaliber adalah menjadi tugas saya untuk melatih dan memberi tunjuk ajar kepada anda semua.

KURSUS BADUT PRO

Teknik Asas kursus badut pro ini akan mengambil masa selama lebih kurang 3 Jam. Antara perkara-perkara asas yang akan ditekankan didalam modul ini adalah..

  • Teknik Berpakaian - Anda akan diajar cara-cara berpakaian yang betul bagaimana selayaknya pakaian seorang badut.
  • Teknik Make Up - Anda akan diajar bagaimana untuk menghias muka agar nampak seperti seorang badut.
  • Belon Seculpture - Anda akan diajar juga bagaimana secara asas untuk mereka bentuk belon-belon agar menjadi seperti bentuk-bentuk yang cantik dipandang pelanggan.
  • Peralatan-peralatan - Anda akan didedahkan dengan dunia badut dan dimana untuk mendapatkan segala peralatan yang diperlukan.
  • Peluang Perniagaan - Saya akan berkongsi dengan anda peluang kerjaya serta perniagaan yang cukup lumayan sekiranya anda berani membuat keputusan untuk mencuba potensi diri menjadi seorang badut.

hassanclowntrainer.com

hassanclowntrainer.com

hassanclowntrainer.com

hassanclowntrainer.com

"Pengalaman saya sebagai seorang Badut"

Nama Badut Saya comot, saya telah mengikuti "Kursus Badut Pro" dari En Hassan masa tu dibawah Bubuclown Entertainment pada awal mac tahun 2012. Kursus ini telah mengajar saya bagaimana untuk menjana pendapatan melalui perkhidmatan Badut. Alhamdulillah setiap minggu saya ada job selepas menghadiri kursus badut pro ini.

Saya sangat-sangat enjoy bila berada dalam suasana party, Saya dapat undangan dari perbagai bangsa dan jenis party, antaranya seperti party harijadi, familyday, carnival Jom heboh, dinner, Pasaraya besar seperti Midvelly, Jaya Jusco, Carrefour Dan juga undangan dari kalangan Vip. Saya gembira dapat menghiburkan kanak2, tambah2 lagi dapat undangan Di hospital seperti HKL,hukm, hospital serdang Dan Banyak lg.

Comot

"Pengalaman saya sebagai seorang Badut"

Nama saya Shafiq dan nama badut saya ialah loco the clown. Saya mengikuti Kursus Badut Pro pada mei 2012, setelah menghadiri kursus ini saya di serap ke Bubuclown Entertainment, telah banyak tempat dan party yang saya buat, antaranya seperti Tropicana Golf Damansara, Carrefour, Jusco Golf Shah Alam (KGSAAS). Dan part harijadi di rumah-rumah. Menang Saya enjoy dengan kerjaya Badut, buat kerja hanya 2/3 jam sahaja tetapi Gaji sama dengan bekerja seharian.

Shafiq

"Pengalaman saya sebagai seorang Badut"

Nama saya ipin, nama badut saya juga ipin. Saya telah menghadiri Kursus Badut Pro ini pada July 2012, dan sekarang saya ditawarkan untuk menyertai team BUBUCLOWN ENTERTAINMENT. Saya menjadi Badut sebab saya suka melayan kanak-kanak.

Pendapatannya pun agak lumayan. Saya pernah ke Melaka , Seremban, Nilai untuk majlis family day dan majlis hari jadi. Kerja senang dan pendapatan pun lumayan, best sangat-sangat.

Ipin

 

Jangan tunggu lagi, sila buat pendaftaran sekarang. Tingkatkan kemahiran anda, Nikmati pendapatan berkali-kali dengan menjadi badut sebagai Full Time atau Part Time kerjaya anda. Permintaan yang tinggi, kurang persaingan (hampir tiada) dan pulangan pendapatan yang tinggi. Bertindak Sekarang, Klik "Daftar Sekarang" dibawah.

Pastikan anda membuat pendaftaran awal kerana tempat adalah terhad. Saya memberi ruang dan peluang kepada siapa dahulu dia tersenarai di dalam Kursus Badut Pro ini..

Semoga Anda Kaya Dan Berjaya,
Hassan Mamat - +6012 2177 075
Founder, HassanClownTrainer.com
Bubuclown Entertainment

AKHIR KATA

" Orang yang berjaya adalah mereka yang merebut peluang awal disaat peluang itu datang. Banyak peluang diluar sana. Siapa tahu rezki anda ada melalui perkhidmatan hiburan badut "

P.S. Sekali lagi saya suka mengingatkan bahawa menjadi badut dan meraih pendapatan lumayan adalah Mudah. Anda hanya perlu berani merebut peluang dan membuat keputusan. Bertindak Sekarang.

 

Home | Testimoni | Hubungi Kami | Daftar Kursus


 © 2013 HassanClownTrainer.com | Term & Conditions | Privacy Policy   Jurubina: JaguhWebNiaga